Tipu helah cili con carne Wendy's

Pada 22 Mac 2005, Anna Ayala, seorang wanita Amerika Syarikat yang berumur kira-kira 40 tahun sewaktu itu, mengemukakan tuduhan tort terhadap Wendy's di mahkamah San Jose, California kerana menemui seketul jari manusia dalam cili con carne-nya. Dia ditangkap atas tuduhan larseni pada 21 April kerana selepas penyiasatan pihak polis, jari itu dikenal pasti sebagai jari suami Ayala yang patah disebabkan kemalangan perindustrian pada Disember 2004. Ayala mengaku salah pada September 2005, dan dihukum sembilan tahun dalam penjara; suaminya juga mengaku salah sebagai rakan sejenayah, dan dihukum dua belas tahun pada 18 Januari, 2006. Tuduhan tipu helah itu mengakibatkan kerugian melebihi AS$2.5 juta untuk perbadanan Wendy's.